/> HANI'S WORLD : Fiqih Puasa

Fiqih Puasa



Syarat Wajib Puasa :

1. Islam

2. Baligh

3. Berakal

4. Sehat

5. Bermukim (tidak musafir)

6. Suci (dari haid dan nifas)


Syarat Sah Puasa :

1. Islam

2. Berakal & Mumayyiz

3. Suci (dari haid dan nifas)

4. Nyata masuknya Bulan Suci Ramadhan


Rukun-Rukun Puasa :

1. Orang yang puasa

2. Berniat

3. Menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa


Perkara Yang Membatalkan Puasa :

1. Makan dan minum dengan sengaja

2. Memasukkan dengan sengaja benda ke dalam rongga yang terbuka. seperti (lubang 👃hidung, 👂?telinga ?👄 mulut dan lubang kemaluan) 

3. Muntah dengan sengaja

4. Keluar haid dan nifas

5. Gila

6. Murtad

7. Keluar air mani dengan sengaja

8. Bersetubuh di siang hari


Perkara Sunah Ketika Puasa :

1. Segera berbuka puasa

2. Berbuka dengan kurma/juadah manis

3. Baca do'a

4. Melambatkan bersahur

5. Perbanyak baca Al-Quran, berdzikir, bershalawat dan melakukan amal bajikan

6. Senantiasa bersedekah

7. Jauhkan diri daripada berbicara perkara yang sia-sia dan perbuatan yang tidak membawa manfaat

8. Mandi junub lebih awal sebelum masuk waktu Subuh


Makruh Ketika Puasa :

1. Suntik

2. Berbekam

3. Berkumur-kumur

4. Memasukkan air ke dalam rongga hidung secara berlebihan

5. Mandi yang berlebihan

6. Mencicipi makanan di ujung lidah



5 Hal Yang Menghilangkan Pahala Puasa :

1. Berdusta

2. Ghibah

3. Ado domba

4. Sumpah palsu

5. Memandang seseorang dengan nafsu syahwat

6. Mengeluarkan kata-kata keji dan mencaci maki


Golongan Yang Wajib Qada Puasa :

1. Orang sakit yang ada harapan untuk Sembuh

2. Orang yang musafir (bukan karena maksiat)

3. Orang yang kedatangan haid dan nifas

4. Orang yang meninggalkan niat puasa

5. Orang yang sengaja melakukan perkara² yang membatalkan puasa

6. Orang yang mabuk 

7. Orang yang sangat lapar dan haus


Mereka Yang Dikenakan Membayar Fidyah Puasa :

1. Mereka yang tidak dapat mengqadakan puasa sehingga masuk Bulan Ramadhan kali kedua - (Fidyahnya : 1½ liter beras untuk setiap hari yang ditinggalkan disamping mengqada puasa) bagi setahun tertinggal.

Jika tidak diqada sehingga melampaui 2 tahun maka dikenakan 3 liter tetapi puasa tetap juga 1 hari (tiada tambahan).

2. Orang sakit yang tidak ada harapan untuk sembuh.

3. Orang yang terlalu tua dan tidak berdaya untuk berpuasa.

4. Orang yang ada qada puasa tetapi meninggal dunia sebelum sempat berbuat demikian (Fidyahnya : Dibuat oleh kerabat si almarhum/diambil daripada harta pusakanya).

5. Perempuan yang mengandung/yang menyusukan anaknya perlu mengqada puasa dan nembayar fidyah 1½ liter beras untuk setiap hari yang ditinggalkan, sekiranya dia meninggalkan puasa karena bimbangkan anaknya tetapi sekiranya dia takut memudaratkan pada dirinya, dia hanya wajib mengqada puasanya.


Kifarat Bersetubuh Di Bulan Ramadhan :

Orang yang bersetubuh pada siang hari Bulan Ramadhan maka suami isteri tersebut perlu mengqada puasa dan suami wajib membayar kifarat (denda), seperti :

1. Memerdekakan seorang hamba mukmin laki-laki atau perempuan.

(Sekiranya tidak mampu)

2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut tanpa terputus.

 (Jika tidak berdaya)

3. Memberi makan kepada 60 orang fakir miskin.

Jika persetubuhan itu dilakukan karena lupa maka tidaklah wajib kifarat.


Tingkatan Puasa :

1. Puasa Umum - Sekedar menahan makan, minum dan keinginan bersetubuh.

2. Puasa Khusus - Bukan hanya melaksanakan kriteria puasa umum tetapi juga memelihara mata, telinga, lidah, tangan dan kaki dari melakukan dosa.

3. Puasa Khusus Al-Khusus - Merangkum kedua puasa di atas dan disempurnakan pula dengan puasa hati dari semua keinginan lahir dan bathin.


Mereka Yang Dibolehkan Meninggalkan Puasa :

1. Orang yang hilang daya upaya seperti sakit yang apabila berpuasa akan menambah rasa sakitnya.

2. Musafir

3. Orang yang terlalu tua dan sangat lemah

4. Orang yang teramat sangat lapar dan haus

5. Perempuan hamil/Menyusui anaknya yang apabila berpuasa dapat menyusahkan diri dan anaknya.



Semoga Bermanfaat !!!

Tidak ada komentar:

Posting Komentar